Sunday, October 11, 2009

Roti Burger...



Ini roti burger yang niza telah cuba buat dalam masa terdekat ini... Lembut dan gebu juga la... sesiapa nak cuba silakan... mudah dan senang... dapat dalam 10-12 biji ..ikut timbangan/pecahan yang diperlukan... Niza masak ngan daging burger tapi yang selebihnya kami makan cicah ngan gulai.. sedappp....

Resipinya:

500 gm tpg roti
260 gm air
10 gm yis
2 tsp garam
60 gm gula pasir
30 gm susu tepung
15 gm shortening
15 gm minyak..

Caranya: campurkan kesemua bahan kering dan kemudian campurkan dengan shortening serta minyak.. selepas itu masukkan air... dan uli sehingga menjadi doh yang kental...rehatkan seketika,kemudian bahagikan mengikut kesukaan dan bulatkan...Rehatkan sehingga naik 2x ganda dan Kalau rajin semburkan air, taburkan bijan, seterusnya bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13 min ja... Selamat Mencuba...

1 comment:

Ku Asmarina said...

tak nak try..tunggu org tu pos tak sampai2 pun lg..:P