Saturday, October 31, 2009

Kek Comel

Kek comel @ mufin@ kek cawan...semuanya yang niza buat adakalanya untuk sekolah dan beberapa tempahan.... niza juga terima tempahan untuk pakej perkahwinan, jamuan, cenderahati, dll... Harganya plak berbaloi-baloi... perasanya.. macam-macam ada!!!!.. boleh hubungi niza untuk selebihnya.....:)




PELBAGAI ROTI....


Roti..roti...roti... lagi... ini la roti simple yang Niza boleh buat... almaklum baru belajar lagi... satu resipi niza pelbagai kan jer bentuk dan rasa...:) pelbagai resepi dah Niza pernah cuba dan ini salah satu resipi roti manis yang lembut dan sedap di makan... silalah cuba yer....

Bun Manis

1 kg tepung high protein
175 gm gula kastor (tukar gula pasir halus atau kasar pun takpa)
30 gm susu tepung
30 gm yis
10gm bread improver
15 gm garam
100 gm majerin
50 gm shortening
2 biji telur
475 gm air ais

Caranya:
1) campurkan kesemua bahan kering seperti tepung, gula,susu tepung,yis, bread improver,dan garam..gaul sebati.
2) masukkan telur, kemudian masukkan air... biarkan sebati selama 2-4 minit...
3) bila dah sebati masukkan majerin dan shortening. uli sehinga menjadi doh yang kental dan licin
4) kemudian boleh lah buat membran test ye... tarik pelahan-lahan sampai nipis dan tidak koyak.. kalau ok nampaknya doh tu dah cantikla...
5) rehat kan seketika atau naik 2x ganda dan kemudian timbang dalam 45gm.. masuk kan inti atau bentukkan ikut kesukaan...
6) biarkan kembang semula 2 kali ganda
7) sapukan dengan egg wash dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 12 minit..

So niza ucapkan selamat mencuba...


Wednesday, October 21, 2009

KARIPAP FROZEN


PELBAGAI KARIPAP


KARIPAP SARDIN


KARIPAP AYAM



Hampir 2 bulan Niza tak sempat nak buat karipap frozen... rindunyer nak buat dan lama jugak tak g jenguk kedai frozen....akhirnya minggu ini Niza dapat juga menyediakannya...Inilah hasil tangan Niza....... karipap dengan pelbagai inti seperti karipap ayam, daging dan sardin..sebungkus ada 10 biji dengan harga yang berpatutan yakni RM 3.50 sahaja... Alhamdulillah sambutan memuaskan... ..Terima Kasih..

Tuesday, October 13, 2009

TUGASAN MINGGUAN....





Ini adalah hasil kerja niza setiap minggu... niza kena hantar ke Sekolah Agama Al Aminiah..setiap minggu... Mini Piza,roti kaya n roti kacang merah paling wajib hantar... roti lain adalah sampingan... Alhamdulillah setiap kali hantar semuanya habis dijual... Terima Kasih adik2 yer...

Sunday, October 11, 2009

Roti Burger...



Ini roti burger yang niza telah cuba buat dalam masa terdekat ini... Lembut dan gebu juga la... sesiapa nak cuba silakan... mudah dan senang... dapat dalam 10-12 biji ..ikut timbangan/pecahan yang diperlukan... Niza masak ngan daging burger tapi yang selebihnya kami makan cicah ngan gulai.. sedappp....

Resipinya:

500 gm tpg roti
260 gm air
10 gm yis
2 tsp garam
60 gm gula pasir
30 gm susu tepung
15 gm shortening
15 gm minyak..

Caranya: campurkan kesemua bahan kering dan kemudian campurkan dengan shortening serta minyak.. selepas itu masukkan air... dan uli sehingga menjadi doh yang kental...rehatkan seketika,kemudian bahagikan mengikut kesukaan dan bulatkan...Rehatkan sehingga naik 2x ganda dan Kalau rajin semburkan air, taburkan bijan, seterusnya bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13 min ja... Selamat Mencuba...