Tuesday, December 29, 2009

KARIPAP PUSING....





Aktiviti hari ini menyeronokkan... niza buat karipap pusing... dah terpusing2 tangan dibuatnya..:) Karipap pusing ni niza buat untuk stok kuih frozen dan untuk sesiapa yang ingin menempah sebarang majlis pun boleh juga...Untuk frozen niza isikan 8 biji per pack...harganya berbaloi-baloi....Ada lebih niza goreng la sikit....yummmy....

Wednesday, December 23, 2009

PELBAGAI ROTI LAGI....







ROTI...ROTI..ROTI... LAGI....
Inilah dia pelbagai roti yang Niza buat setelah beberapa lama dah g blaja.... saja jer buat ngan kawan2... sapa nak tempah boleh aja....

Sunday, December 20, 2009

PUDING PELANGI...


Puding Pelangi nie Niza buat sempena Majlis Tahlil Arwah Tok Niza beberapa hari yang lalu..Proses untuk membuatnya pun penuh dengan kenangan yang tak akan niza lupakan..:D Apapun, marilah kita memanjatkan doa dan Al Fatihah untuk tok Niza yang meninggalkan kami pada 17/12/2009.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin...

Thursday, December 17, 2009

PELBAGAI KEK AISING....



Inilah hasil tangan Niza dan kawan2 di Serdang.. pelbagai idea n ada lagi yang niza tak sempat nak snap...semuanya ader lebih 20 biji ... pelbagai pengalaman dan ilmu yang niza perolehi.. Terima Kasih kepada tenaga pengajar dan kawan semua...




KEK COMEL LAGI....


KEK LAPIS , ROLL LAPIS N KEK DUNDEE...



CUPCAKE DARI PELBAGAI IDEA NIZA & KAWAN2..






Monday, December 14, 2009

Kek Lagiiii......

Kek Lapis Keju Milo

Kek Lapis Keju Biskut Oreo (selepas di kukus)

sebelum dikukus


kek butter

Inilah hasil pelbagai kek niza n kawan2 hari ini...


Friday, December 11, 2009

MARBLE CHEESE CAKE.......



Gambar Kek yang sempat Niza snap sebelum kek tersebut habisss....

Memandangkan cheese masih tersimpan di dalam peti ais dan atas keinginan anak ingin memakan kek Niza telah mencuba resipi .. MARBLE CHEESE CAKE...yang niza dapati dari blog MamaFami nie.. boleh tahan kesedapannya...so sesiapa yang teringin mencuba bolehlah mencuba resipi yang niza copy dari sana....

MARBLE CHEESE CAKE
Source : Umifeeza of MyResipi

Ingredients :

(A)
185g butter
1/4 cup cocoa powder
1/2 cup castor sugar
1 cup self-raising flour
2 eggs

(B)
250g cream cheese
1/2 cup sugar
1/4 cup fresh milk
1 egg
1 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Melt butter over low heat. Then add in cocoa powder. Leave to cool.
2. Add in sugar and stir. Add in eggs, one at a time. Finally add in flour and stir until well mixed.. Set aside.
3. In another bowl, beat the cream cheese and sugar till creamy. Add in the egg, vanilla essence and fresh milk.
4. Spoon 2 tablespoons of the cocoa mixture onto the middle of the prepared tin (line with greaseproof paper). Top it with 2 tablespoons of the cream cheese mixture. Continue doing so, until all the mixture finishes.
5. Bake in a preheated oven at 175 C for 45 minutes or until cake is done. Leave overnight before cutting.

Terima Kasih kepada yang berkongsi resipi ini...

SAMOSA QUEZA....




Samosa Daging yang Niza siapkan untuk dihantar ke kedai... samosa ayam masih dalam proses...Ini adalah Samosa Sejuk Beku Niza...goreng sikit buat makan petang...

Sunday, December 6, 2009

Projek Mini Muffin...

2 Minggu yang padat dengan projek mini muffin untuk cendarahati kenduri...


Ini mini mufin yang ditempah oleh Zuliana dari Kg Petani, Bkt Mertajam untuk kendurinya pada 5 /12 baru2 nie...Zu minta buat 2000 biji perasa oren dan coklat..

Terima Kasih n Selamat Pengantin Baru buat Zuliana dan Mohd Norazuan...





Selain itu Niza menerima tempahan dari K.Hikmah.. mini muffin untuk kenduri kakaknya yang berlangsung pada 4/11...K.Hikmah nak 400 biji pack sekaligus katanya dengan pelbagai rasa..


mini muffin perasa oren


mini muffin perasa coklat



mini muffin perasa pandan


Ini pulak mini muffin yang dibungkus 5 biji per pack untuk cenderahati kenduri Nurul Aini dari Permatang Pauh pada 29/11 haritu.. Nurul order sebanyak 5000 biji...

Kemudian Nurul jugak order untuk sebelah suaminya, Mohamad Amir Zairi.. kendurinya 6 /12 di Sg Dua, sebanyak 4100 biji... 100 biji katanya untuk makan..

Terima Kasih banyak2 & Selamat Pengantin Baru Buat Nurul Aini dan Amir...