Tuesday, December 29, 2009

KARIPAP PUSING....





Aktiviti hari ini menyeronokkan... niza buat karipap pusing... dah terpusing2 tangan dibuatnya..:) Karipap pusing ni niza buat untuk stok kuih frozen dan untuk sesiapa yang ingin menempah sebarang majlis pun boleh juga...Untuk frozen niza isikan 8 biji per pack...harganya berbaloi-baloi....Ada lebih niza goreng la sikit....yummmy....

Wednesday, December 23, 2009

PELBAGAI ROTI LAGI....







ROTI...ROTI..ROTI... LAGI....
Inilah dia pelbagai roti yang Niza buat setelah beberapa lama dah g blaja.... saja jer buat ngan kawan2... sapa nak tempah boleh aja....

Sunday, December 20, 2009

PUDING PELANGI...


Puding Pelangi nie Niza buat sempena Majlis Tahlil Arwah Tok Niza beberapa hari yang lalu..Proses untuk membuatnya pun penuh dengan kenangan yang tak akan niza lupakan..:D Apapun, marilah kita memanjatkan doa dan Al Fatihah untuk tok Niza yang meninggalkan kami pada 17/12/2009.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin...

Thursday, December 17, 2009

PELBAGAI KEK AISING....



Inilah hasil tangan Niza dan kawan2 di Serdang.. pelbagai idea n ada lagi yang niza tak sempat nak snap...semuanya ader lebih 20 biji ... pelbagai pengalaman dan ilmu yang niza perolehi.. Terima Kasih kepada tenaga pengajar dan kawan semua...




KEK COMEL LAGI....


KEK LAPIS , ROLL LAPIS N KEK DUNDEE...



CUPCAKE DARI PELBAGAI IDEA NIZA & KAWAN2..






Monday, December 14, 2009

Kek Lagiiii......

Kek Lapis Keju Milo

Kek Lapis Keju Biskut Oreo (selepas di kukus)

sebelum dikukus


kek butter

Inilah hasil pelbagai kek niza n kawan2 hari ini...


Friday, December 11, 2009

MARBLE CHEESE CAKE.......



Gambar Kek yang sempat Niza snap sebelum kek tersebut habisss....

Memandangkan cheese masih tersimpan di dalam peti ais dan atas keinginan anak ingin memakan kek Niza telah mencuba resipi .. MARBLE CHEESE CAKE...yang niza dapati dari blog MamaFami nie.. boleh tahan kesedapannya...so sesiapa yang teringin mencuba bolehlah mencuba resipi yang niza copy dari sana....

MARBLE CHEESE CAKE
Source : Umifeeza of MyResipi

Ingredients :

(A)
185g butter
1/4 cup cocoa powder
1/2 cup castor sugar
1 cup self-raising flour
2 eggs

(B)
250g cream cheese
1/2 cup sugar
1/4 cup fresh milk
1 egg
1 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Melt butter over low heat. Then add in cocoa powder. Leave to cool.
2. Add in sugar and stir. Add in eggs, one at a time. Finally add in flour and stir until well mixed.. Set aside.
3. In another bowl, beat the cream cheese and sugar till creamy. Add in the egg, vanilla essence and fresh milk.
4. Spoon 2 tablespoons of the cocoa mixture onto the middle of the prepared tin (line with greaseproof paper). Top it with 2 tablespoons of the cream cheese mixture. Continue doing so, until all the mixture finishes.
5. Bake in a preheated oven at 175 C for 45 minutes or until cake is done. Leave overnight before cutting.

Terima Kasih kepada yang berkongsi resipi ini...

SAMOSA QUEZA....




Samosa Daging yang Niza siapkan untuk dihantar ke kedai... samosa ayam masih dalam proses...Ini adalah Samosa Sejuk Beku Niza...goreng sikit buat makan petang...

Sunday, December 6, 2009

Projek Mini Muffin...

2 Minggu yang padat dengan projek mini muffin untuk cendarahati kenduri...


Ini mini mufin yang ditempah oleh Zuliana dari Kg Petani, Bkt Mertajam untuk kendurinya pada 5 /12 baru2 nie...Zu minta buat 2000 biji perasa oren dan coklat..

Terima Kasih n Selamat Pengantin Baru buat Zuliana dan Mohd Norazuan...





Selain itu Niza menerima tempahan dari K.Hikmah.. mini muffin untuk kenduri kakaknya yang berlangsung pada 4/11...K.Hikmah nak 400 biji pack sekaligus katanya dengan pelbagai rasa..


mini muffin perasa oren


mini muffin perasa coklat



mini muffin perasa pandan


Ini pulak mini muffin yang dibungkus 5 biji per pack untuk cenderahati kenduri Nurul Aini dari Permatang Pauh pada 29/11 haritu.. Nurul order sebanyak 5000 biji...

Kemudian Nurul jugak order untuk sebelah suaminya, Mohamad Amir Zairi.. kendurinya 6 /12 di Sg Dua, sebanyak 4100 biji... 100 biji katanya untuk makan..

Terima Kasih banyak2 & Selamat Pengantin Baru Buat Nurul Aini dan Amir...





Saturday, November 21, 2009

CUPCAKE COKLAT LAGI....







Kek Coklat Cawan diorder oleh Mohd Noor lagi... untuk bawa lik kampung... ader kenduri katanya...
Niza ucapkan ribuan terima kasih banyak2...

Sunday, November 15, 2009

MUFFIN...


Ini lak order dari Cikgu Hikmah .. buah tangan untuk cikgu2 kat sekolah katanya...Tq so much...dah selamat hantar .. dan bekas plastik tu untuk makan katanya...





Sebahagian Muffin Blueberry untuk Nisa di Kg Lama, Kepala Batas..
Selamat Pengantin Baru Nisa dan Anuar (Perak).. 14/11 /09...


Tuesday, November 10, 2009

AKTIVITI SEMINGGU YANG LALU....

SALAM ..Bertemu Kembali !!! Seminggu berlalu.. baru jer sempat nak upload gambar sikit... ni jer aktiviti niza minggu lalu... tempahan masukkk... ader 2-3 tempahan jer...:)



Biskut Raya AidilAdha

Biskut Oat Susu....Eeh nie bukan ditempah untuk raya ye.. tapi ditempah oleh org yang mengidam...dia kata teringin sangat nak makan jer... ader apa2 ke si Era UniKL nie...jgn mare...



Era juga minta Niza buat kan cupcake untuk nya... almaklumler... terliur katanya tgk cupcake Lukman...Dengan rajinnya pelbagai rupa ler cupcake yang niza buat dan inilah hasil tangan Niza... hehehe.. tak ler cantik mana pun...idea tak mai la.....




Ini pula kek coklat tempahan dari Cikgu Mohd Noor, dia tempah untuk pelajarnya Sek Ren Kg Selamat sempena hari kanak2 katanya...Niza tak pasti lak plak.. apapun TQ Cikgu...N sesiapa nak beli Jusmate 5 atau HPM Produk leh ler contact cikgu ni..(012-4974532). Promote sikit ye..



Akhirnya...
Tempahan Roti Kaya yang RM0.80 nyer.. Lecturer Politeknik order 90 biji... siap dihantar pagi 5hb./11.. TQ berbanyak2....Niza guna sekaya biskut marie..buatan sendiri.......

Terima Kasih...






Monday, November 9, 2009

Roti Kacang Merah N Coklat Rice


Kepelbagaian roti... teknik try n error.... suka tgk roti mcm2 bentukkk.. insyallah menyusul lagi nanti...



Ini roti coklat rice...



Inilah roti kacang merah... kcg merah kedekut heheheh....

Tuesday, November 3, 2009

CUPCAKE ....SELAMAT HARI JADI LUKMAN YG KE-6



Cupcake simple yang niza buat untuk cenderahati kawan-kawan Lukman, anak sulung Niza... dah 6 tahun dah... dia nak bawa g tadika... so ini ja la yang Niza mampu buat... sibuk sikit minggu ni..:) .



Disamping tu,dek kerana semangat anak nak bawa g tadika.. Niza add juga gula-gula n snack sbg cenderahati untuk kawan dia.... rajin terlebih nie...:)



Ini lak cupcake yang Lukman hiaskan sendiri... untuk kawan-kawan kat rumah katanya... dia yang hiaskan sendiri... Niza sekadar bubuh krim jer... bolehla ada gak niat nak menolong..

Alhamdulillah semuanya dah siap...11.30 pagi dah hantar ke tadika.. sempena hari jadi plus habis exam...



Saturday, October 31, 2009

Kek Comel

Kek comel @ mufin@ kek cawan...semuanya yang niza buat adakalanya untuk sekolah dan beberapa tempahan.... niza juga terima tempahan untuk pakej perkahwinan, jamuan, cenderahati, dll... Harganya plak berbaloi-baloi... perasanya.. macam-macam ada!!!!.. boleh hubungi niza untuk selebihnya.....:)




PELBAGAI ROTI....


Roti..roti...roti... lagi... ini la roti simple yang Niza boleh buat... almaklum baru belajar lagi... satu resipi niza pelbagai kan jer bentuk dan rasa...:) pelbagai resepi dah Niza pernah cuba dan ini salah satu resipi roti manis yang lembut dan sedap di makan... silalah cuba yer....

Bun Manis

1 kg tepung high protein
175 gm gula kastor (tukar gula pasir halus atau kasar pun takpa)
30 gm susu tepung
30 gm yis
10gm bread improver
15 gm garam
100 gm majerin
50 gm shortening
2 biji telur
475 gm air ais

Caranya:
1) campurkan kesemua bahan kering seperti tepung, gula,susu tepung,yis, bread improver,dan garam..gaul sebati.
2) masukkan telur, kemudian masukkan air... biarkan sebati selama 2-4 minit...
3) bila dah sebati masukkan majerin dan shortening. uli sehinga menjadi doh yang kental dan licin
4) kemudian boleh lah buat membran test ye... tarik pelahan-lahan sampai nipis dan tidak koyak.. kalau ok nampaknya doh tu dah cantikla...
5) rehat kan seketika atau naik 2x ganda dan kemudian timbang dalam 45gm.. masuk kan inti atau bentukkan ikut kesukaan...
6) biarkan kembang semula 2 kali ganda
7) sapukan dengan egg wash dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 12 minit..

So niza ucapkan selamat mencuba...


Wednesday, October 21, 2009

KARIPAP FROZEN


PELBAGAI KARIPAP


KARIPAP SARDIN


KARIPAP AYAM



Hampir 2 bulan Niza tak sempat nak buat karipap frozen... rindunyer nak buat dan lama jugak tak g jenguk kedai frozen....akhirnya minggu ini Niza dapat juga menyediakannya...Inilah hasil tangan Niza....... karipap dengan pelbagai inti seperti karipap ayam, daging dan sardin..sebungkus ada 10 biji dengan harga yang berpatutan yakni RM 3.50 sahaja... Alhamdulillah sambutan memuaskan... ..Terima Kasih..

Tuesday, October 13, 2009

TUGASAN MINGGUAN....





Ini adalah hasil kerja niza setiap minggu... niza kena hantar ke Sekolah Agama Al Aminiah..setiap minggu... Mini Piza,roti kaya n roti kacang merah paling wajib hantar... roti lain adalah sampingan... Alhamdulillah setiap kali hantar semuanya habis dijual... Terima Kasih adik2 yer...

Sunday, October 11, 2009

Roti Burger...



Ini roti burger yang niza telah cuba buat dalam masa terdekat ini... Lembut dan gebu juga la... sesiapa nak cuba silakan... mudah dan senang... dapat dalam 10-12 biji ..ikut timbangan/pecahan yang diperlukan... Niza masak ngan daging burger tapi yang selebihnya kami makan cicah ngan gulai.. sedappp....

Resipinya:

500 gm tpg roti
260 gm air
10 gm yis
2 tsp garam
60 gm gula pasir
30 gm susu tepung
15 gm shortening
15 gm minyak..

Caranya: campurkan kesemua bahan kering dan kemudian campurkan dengan shortening serta minyak.. selepas itu masukkan air... dan uli sehingga menjadi doh yang kental...rehatkan seketika,kemudian bahagikan mengikut kesukaan dan bulatkan...Rehatkan sehingga naik 2x ganda dan Kalau rajin semburkan air, taburkan bijan, seterusnya bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 13 min ja... Selamat Mencuba...