Saturday, October 31, 2009
PELBAGAI ROTI....
Roti..roti...roti... lagi... ini la roti simple yang Niza boleh buat... almaklum baru belajar lagi... satu resipi niza pelbagai kan jer bentuk dan rasa...:) pelbagai resepi dah Niza pernah cuba dan ini salah satu resipi roti manis yang lembut dan sedap di makan... silalah cuba yer....
Bun Manis
1 kg tepung high protein
175 gm gula kastor (tukar gula pasir halus atau kasar pun takpa)
30 gm susu tepung
30 gm yis
10gm bread improver
15 gm garam
100 gm majerin
50 gm shortening
2 biji telur
475 gm air ais
Caranya:
1) campurkan kesemua bahan kering seperti tepung, gula,susu tepung,yis, bread improver,dan garam..gaul sebati.
2) masukkan telur, kemudian masukkan air... biarkan sebati selama 2-4 minit...
3) bila dah sebati masukkan majerin dan shortening. uli sehinga menjadi doh yang kental dan licin
4) kemudian boleh lah buat membran test ye... tarik pelahan-lahan sampai nipis dan tidak koyak.. kalau ok nampaknya doh tu dah cantikla...
5) rehat kan seketika atau naik 2x ganda dan kemudian timbang dalam 45gm.. masuk kan inti atau bentukkan ikut kesukaan...
6) biarkan kembang semula 2 kali ganda
7) sapukan dengan egg wash dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 12 minit..
So niza ucapkan selamat mencuba...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment